Sunday, 23 December 2012

encik polis call tengahari tadi!

tepat pukul 12.23 pm de 1 number ofis call tas. dalam hati mesti no. office tempat praktikal..
sekali angkat, suara laki yang kol tu garang betul! katanya ada report pasal barang hilang. nama tas ada dalam laporan tu.. laporan dibuat hari isnin lepas katanya. katanyalah. dalam hati tas "apasal baru hari ni nak kol?".. skali tas soal punya soal, dye pergi tanya tas balik esok kerja tak. tas cakap "kerja la coz bos cakap kerja". dye "cakap esok kan public holiday, watpe nak kerja?". tas jawab "sebab bos cakap kerja, kerja je la". dye pun cakap "ha esok awak tak yah kerja, cuti". tas pun gelak2 la.. dye tanya balik asal gelak? tas cakap dah agak dari awal lagi ni bukan polis, mesti encik amirul.. haha..
good news kan? yeah! memang good news sangat2 la!! ingatkan hari ni last cuti untuk 3 hari, tengok2 dapat cuti lagi sempena public holiday. jumlah cuti: straight 4 days! :)
senyum lebar2 la dapat rehat lama.. semalam dah penat melaburkan wang dan kaki lenguh2 di KL Sentral, Berjaya Times Square, Sogo, dan Jalan Tar dengan adik (shaima), hari ni dapat la rehat puas2.. eh, report jangan lupa. dah 2 minggu tak buat. lusa kena anta jugak! kalau tak, hye hye bye bye jela dari bos!
ok lah, nak share sikit tweet pasal apa yang berlaku hari ni :)
tc, luv y'all. sincere from: Tasneem Binti Hashim ♥ 


Saturday, 22 December 2012

cuti 3 hari sebab...

cuti 3 hari? kenapa ea? sebabnya sekarang kan tas tengah praktikal di salah sebuah hotel yang sangat sibuk sepanjang tahun. kata doranglah.. selalu kalau keje kat hotel jangan harap lah boleh free2 dapat cuti lebih dari sehari kan? melainkan kalau yang ikut office hours tu lain cite la. jealous! sekarang dah masuk 3 minggu tas praktikal.. mula2 agak stress. tapi lama2 tersangatlah seronok rasanya! walaupun penat coz kadang2 kerja pernah sampai 15jam! tapi penatnya dah tak terasa lagi bila kawan2 sekeliling kita semuanya baik2 :) diorang datang dari pelbagai bangsa dan budaya. dari malaysia haruslah, dari indonesia, nepal, bangladesh, filipina, dan thailand pun ada tau! comel je bila diorang cuba cakap bahasa melayu kita! :D
eh, back to the topic. kenapa dapat cuti 3 hari? sebabnya minggu lepas kitorang semua tak cuti untuk seminggu. kerja straight for 1 week from morning till night! orang lain dah tido, kita kerja lagi. tapi kitorang tak kisah, small matter lah! *ceh :D minggu ni la tas makin rapat dengan diorang semua di bahagian banquet.. dapat peluang stay kat hotel lagi. bos siap belikan makanan untuk kitorang semua takut ada lagi yang lapar lewat2 malam pergi kol bos.. haha. prihatin betul encik amirul selaku assistant manager of banquet kitorang! sebab apa tak cuti? sebabnya sekarang kan musim cuti sekolah. memang banyak event kitorang kena buat. pernah jugak tas kena handle sorang2 untuk 300 org mkn am.break&pm.break.. mmg kelam kabut sikitla, first time kan.. kena marah pun ada, adat la bekerja kan. kalau tak kena marah sampai bila kita tak tau salah kita kan. sebab kena marahla tas ingat apa yang patut dan tak patut buat.. semua ni bagi pengalaman yang berharga sangat2 dekat tas! bila dah habis minggu ni, semua muka gembira coz dapat cuti 3 hari! sabtu, ahad, isnin pulak tu! kebetulan duit masuk, apa lagiii :D
eh, lupa nak bagi tau korang, hujung tahun ni hotel kitorang de wat new year's celebration party. join ye :)

p/s: misi hujung tahun ni, nak naikkan berat badan! hehe :D
nyte  ♥ 

Tuesday, 11 December 2012

nak tau cerita gembira ke cerita sedih dulu?

mesti semua orang nak cerita gembira kan?
apa cerita gembiranya? hehe
alhamdulillah sangat2!!
sebab pointer sem 3 baru2 ni meningkat.. :)
berbaloi la tak cukup tido kan.. stress bagai la sem ni. *konon
dahla belajar main2, ponteng kelas pun pernah.. *eh sekali je. kot. hehe
tapi rezeki kan? alhamdulillah :)

apa cerita sedihnya?
hmm sebenarnya bukanla sedih sangat. tapi sedih bila dengar tas cerita dari mulut tas..
kalau nak tau, sendiri tanya la kan.. hehe.
tas praktikal sekarang..
sumpah penat! :(
....................................................................

ha! cerita pasal praktikal kan? baaaaanyak sangat yang tas nak cerita kat korang! :)
2 bulan pertama ni tas dapat bahagian food&beverage (banquet).
orang2 kat sana semua ok2, peramah betul! haha
rupa-rupanya yang sama dept. dengan tas ramai budak2 training jugak. tapi diorang dari mana tau? diorang dari Balik Papan, Jakarta pun ada. dari Indonesia la.. camne diorang? semua rajin2. diorang cakap yang terbaik je dapat datang Malaysia. erm betul la, diorang semua buat kerja perfect! tapi masa 1st day kerja tu rasa terkejut jugak la coz tas sorang je trainee dari Malaysia. yang lain semua dari negara Indonesia. nasib baik la orang2 atas semua Malaysia. dia punya permanent & part time pun orang Malaysia jugak :)
kawan2 dari poli jb yang lain; mani-f&b (coffe house-palm cafe), farahin-f&b(banquet-thai restaurant), ima,ji a & tasya-housekeeping, ain & solehah-kitchen, & sakinah & rina- front office. jumpa jugak kawan2 dari jabatan kejuruteraan elektrtik 3 org, dari poli kedah 2 org (account & sales&marketing dept.)...
mula2 kerja biasalah, rasa setereeeess je... haha. tapi2 dah lama2 seronok pulak.. kawan2 kat banquet ramai. diorang semua tak sombong. konfem tak sanggup nak tinggalkan korang habis praktikal nanti :')
yes, i've meet a lot of new friends :)
samsia, fanisa, erik, tijar, fauzan(kecik) - trainee from indonesia
abg firdzous- waiter.
encik amirul- asst. banquet manager
abg hans & abg kama-captain
kak shima- banquet coordi.
& banquet part time-kak azah&izah, kak jun, iqbal, luqman, farish, afiq, ramai lagi! ramai sgt nk sebut. *sebenarnya tak berapa ingat nama korang. maklumlah jumpa berapa kali je seminggu. hehe. tapi, tq la coz korang buat tas rasa tas masih di malaysia. haha..

penat tak payah cerita la camne kan. kebetulan semalam kan public holiday, so cuti. tas amik kesempatan la balik rumah family. dapat la beramah mesra dengan korang kan. *puih!konon..
ok la, nak sambung buat report untuk praktikal ni. hari ni masuk kerja pukul 11am. pukul 9am dah kena siap. OMG stress! hari2 sebelum pergi kerja stress! dah balik gelak2 pulak. haih ape la, mereng.. *tak tetap pendirian langsung.. ok, nite peeps!