Tuesday, 10 September 2013

commercial class

horror and creepy!
tema kami untuk kelas terakhir bagi subjek commercial class. (service part)
subjek ni mengajar kitorang cara mengendalikan restoran atau coffe house atau banquet, pendek kata semua yang berkaitan dengan bidang hospitaliti lah. kelas ni terbahagi kepada 2 group, which is one group-kitchen, and another group-service. minggu ni group tas servis.. semua kena berlakon jadi hantu yang menyeramkan *yang mana kitorang sendiri pun takut tengok muka sendiri.oh my*.



service team ♥





my classmate with our lecturer- Miss Syuhadah & Chef Faizal




after operation.hantu dah bertukar jadi manusia. muahahha :D



terima kasih daun keladi lainkali baca lagi. hehe. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.................. :D

syu, ros, tas, bibi.


#throwback - raya moments ♥

okay, mood nak bercerita ada tapi otak mengantuk pulak.. katil dah memanggil-manggil pulak kan.. biarlah gambar yang bercerita je ye? :)

tas, adik bawah tas-shaima, dan adik bwh shaima-siti hajar

with lil twin sister :)

with kakak- salsabila

save the best for the last- mom and dad 

Monday, 9 September 2013

student life.

hye peeps! dah lama sangat tas tak update blog ni kan.. kadang2 macam dah lupa yang tas ada blog. sekarang ni tas berada di semester 5. semester yang tersangatlah busy. dengan projek, event, dan bermacam2 assignment lagi. kadang2 rasa macam nak berhenti pun ada. tapi alang2 dah sampai tahap ni dengan pointer yang memuaskan, teruskan jela.. tipulah kalau cakap tak stress kan? korang pun pernah atau sedang belajar kan, mesti faham.. haih. sebelum tamat praktikal haritu pun lupa nak post apa yang berlaku dekat korang.. yang pasti semua perkara lepas yang berlaku dalam hidup tas sangat2lah memberi kesan sehingga sekarang dan lebih banyak mengajar tas tentang dunia hidup yang sebenar.. kalau nak cerita apa yang berlaku memang takkan habislah cerita dia kan. haha.. apa pun, tas nak beterima kasih kepada korang semua yang banyak membantu tas masa praktikal dulu.. memang tas takkan lupa lah! terima kasih daun keladi, lainkali tolong lagi. *muehehehe*



okay pendekkan cerita. bulan 9 ni bulan yang patut mark dekat kalendar la sebab ramai kawan2 yang tas dah lama tak jumpa berjaya tas jumpa masa awal bln 9 dekat openhouse mereka: Farikh, Farizul, dan Hafizuddin. yang paling best si din ayu tuh wat takoyaki. sumpah sedap! kalah la yang dekat midvalley tuh yg dulunya menjadi kegemaran tas.. ini serius, takde main2.. kalau nak rasa, pergi la ke pasar malam *sori lupa nama tempat* family diorang jual takoyaki ni. Puzi tak silap. sori kalau salah ye din? hehe. masa openhouse ni ramai kawan tas masa form3 sampai lah form5 yang tas dapat jumpa.. ramai yg dah berubah kau! makin gemuk ada, makin kurus ada, makin tinggi ada, tapi makin pendek takde la.. haha. lepas jumpa dorang, set date dengan sarah *baca entri yang lepas2 kalau nak tau betapa specialnya sarah ni*. jumpa je borak non-stop! mcm dh 5 tahun tak jumpa! sumpah rindu gile kat sarah ni..


and yg paling bestnya, kakak tas, salsabila yang belajar dekat mesir balik ke malaysia setelah 2 tahun tak reti2 nak balik.. lepas rindu lah dekat dorang sume! cc: sarah, farizul, izzat, safarudin, wan, irman, bob, farikh, hafizuddin, raja, and the gang :) tq sebab menceriakan weekend tas masa merdeka and awal bulan 9. sayang korang!   ♥



akhir kata. eceh dah macam surat rasmi pulak! *blushing* 



tulus dan ikhlas dari cik tasneem yang comel *muehehee* :D

Tuesday, 19 March 2013

sorry sayang!

sorry sayang! sayang yang mana? blog ni la. hehe. lama sangat2 dah tak update.. miss you all badly!!! sekarang tas still praktikal lagi. lagi sebulan je nak habis :) hujung bulan april last. korang ape cer?? rindu nak pergi kuliah balik :')
penat tapi tak sepenat sekarang..
tengok. cuba korang kira dah berapa lama tas tak update blog?? alaa, kira la. hehe..
hhmmmm.. sekarang kat department  lain. penat. tapi banyak yang tas belajar.. sekarang banyak masalah pulak yang datang.. esok mc. hehe.
okay, stop merepek!!
nak cerita pasal belated day tas boleh?? hehe. sebab masa bulan februari langsung tak update blog disebabkan terlalu busy, rumah family pun berminggu2 tak balik sampai mak, ayah, dan adik pakat kol tanya kenapa tak balik rumah.. selalu tiap2 minggu balik kan. ni tiba2 je 2 minggu tak balik, diorang semua terus panik.. hehe. sayang jugak kat tas kan? eh, haruslah sayang! *gedik.
okay, tas cerita dari awal sampai akhir la pasal apa yang berlaku pada 8 februari yang lepas okay.

sehari sebelum bday tas, tas dating dengan asifa yang comel ni. biasa perempuan, kalau keluar pergi mana lagi kan. apa? shopping mall? haruslah! wajib tau. hehe.. asifa yang mulanya setakat nak teman tas beli barang, sekali dia yang shopping lagi banyak dari tas.. muahahaha *gelak puas. tas berjaya pengaruhi dia beli barang. hehe.. :D lepas tu, kitorang ternampak kain baju kurung yang super murah! last2 kitorang berkenan dekat warna yang sama, but corak lain. then asifa tiba2 cakap "kau nak tak? kalau nak amikla. aku belanja kira hadiah bday kau". tas pun apa lagi, angguk laju2 la :D

tepat pukul 12am, 8 februari 2013, siti hasmani buat surprise nyanyi lagu bday kuat2 dekat satu restoran yang penuh dengan orang awam. okay, sumpah segan! masa tu muka tak tau nak letak mana. tergamam sangat2!! memang betul2 surprise la kan. tak terkata kau! mula2 kononnya lapar, dia gerak dulu dengan rina. rupa2nya ada agenda lain ye #mamaiti?? by the way, thanks a lot! love you lah!

sampai masa nak amik gambar pun tas tak sanggup nak pandang. malu!!! haha. okay jangan tanya kek apa. kek gulung la. ani cakap beli dekat speedmart coz malam2 camni memang takde kedai kek bukak. lilin tu yang penting tau. sampai bila2 tas memang akan ingat la. dari jauh dah nampak lilinnye :D
special thanks to: siti hasmani, syarina aqilah, fatimah, najihah, dan natasha. sayang korang!! :-*

hadiah ni tas dapat dari kawan satu hotel dengan tas. training dari jakarta, henry. thanks :)

habis. habis. hari ni memang tas takkan lupa sampai bila2 la! encik amirul memang pandai berlakon la! geram tau.. hahahahaa. hari tu (8/2/2013) memang tas kena habis2 la dengan orang2 banquet.. mula2 tu kena buli buat kerja. lepas tu masa briefing kena lagi. encik amirul suruh baca promotion dalam pamplet berkali2. bahasa mat saleh pulak tu! lepas tu dia marah2 tas cakap pe salah tas hari ni. ada kawan tas cakap tas buat salah hari ni. dia suruh tas cakap sendiri salah tas.. masa tu dah sentap sape la tikam belakang tas ni.. lepas tu tas diam je. dia tanya lagi "bila nak anta buku jurnal. dah lama tak anta.. nak fail ke? okay, jumpa next sem. aku bagi kau failed!" muka dia masa tu memang sumpah seram! tas terus nangis.. lepas tu dia marah lagi cakap putra 4 (meeting room) tu bersepah, tak kemas2 lagi dari pagi.. eh, tiba2 tas lak kena kemas. padahal dari pagi tas jaga putra 1&2 je.. then dia ajak pergi putra 4 tengok bersepah camne. tas ikut jela.. ramai2 ikut sebab lepas tu semua kena marah jugak pasal putra 4, then tas bukak je pintu putra 4, nampak encik siva & abang hans duduk tersengih2.. tas pun pelik la.. tiba2 encik amirul bawa kek sambil nyanyi lagu bday dari belakang.. yang lain sume pun join. aduh, tas nangis lagi teruk la masa tu! *malu betul bila ingat balik. haha.. 

tq abang firdzous untuk kek dan kfc banyak2. tq kak shima untuk big apple banyak2 jugak.. kenyang semua orang hari tu. terima kasih :')

team banquet the best! habis makan, muka semua kena sapu dengan kek. semua gara2 encik amirul & abg hans la yg mulakan dulu. senyap2 dok belakang tas sapu kek. lepas tu tas kejar diorang nak balas balik, semua lari tak cukup tanah. tau takut! haha.. last tak dapat kenakan diorang, budak2 training la yang kena. habis berterabur lari kecik, fanisa, samsi, & tijar. yang selamata encik siva dan kak shima jela. awal2 lagi diorang warning jangan letak. hahahaha. muka dah cuak sebenarnya takut tas sapu jugak. hehe.. habis putra tu bersepah2 kek kat lantai. kebetulan esoknya hari last tas kat banquet, kira hari tu diorang raikan sekali la.. gonna miss y'all. sayang korang!

hadiah ni tas dapat esoknya dari norfarahin anak ab rahim yang mana bday dia 2 hari lepas bday tas. (10/2).
suka sangat cincin ni.. cantik! :)

yang paling penting, umi tas tak lupa hari kelahiran tas. siap bagi nasihat yang sangat2 berguna lagi tu... sayang umi :'*


Wednesday, 23 January 2013

apa khabar orang di Jakarta & Balik Papan ??

sedar tak sedar dah nak dua bulan praktikal. kadang-kadang tak rasa masa berlalu dengan cepat.. hari perpisahan mesti paling dibenci kan? macam tu jugak la tas rasa :')
baru2 ni (dalam 3 minggu lepas) kawan-kawan praktikal dari Jakarta & Balik Papan dah balik ke tempat diorang balik.. sedih,betul! kejap je dapat kenal.. nak jumpa lagi memang tak la kot. Malaysia dengan Indonesia tu. jauh,jauh! *tunggu la dah kaya nanti tas datang. hehe..
yang terasa sangat kehilangan tu Erik la. dia kan banquet sama dengan tas.. selalu masa briefing ade je dia nak menyampuk.. budak nakal ni. tapi hati dia baik :)
lagi sorang Suryo.. budak mulut manis, tapi baik jugak :)
Andhini dengan Vernia pun sama. asal rehat je mesti selalu duduk semeja makan & gelak2 dengan diorang. pagi2 nak amik baju kat laundry mesti awal2 lagi Andhini dah bagi baju tas. tau2 je tas pakai baju yang mana :)
tq dekat Ningsih jugak yang sudi tumpangkan tas dengan ima tengok AJL kat hostel korang. *maklumlah TV hostel kitorang dah jadi arwah :D
tak lupa jugak dekat ustaz Pahrian yang selalu menasihati kitorang semua sampai salah seorang dari diorang yang tersasar berjaya kembali ke jalan yang benar :) alhamdulillah. tak lupa Rendi, Adam, dan Yonif.

RINDU KALIAN!!!! ♥ 

yonif, erik, fauzan, suryo, adam
*gambar diorang je sempat ambil. yang lain tak sempat coz diorang tengah kerja masa ni.. harap-harap tas tak lupa la rupa korang semua ye. :)

Wednesday, 2 January 2013

cukup sebulan :)

new year's at Palm Garden Hotel
theme- jungle night
before

in process

after

after. awesome right? :)

the smell and decoration really look like a real jungle, swear!

alhamdulillah masuk hari ni dah cukup sebulan tas praktikal. baru sebulan. lambat lagi nak habis sayang oiiii.
korang camne? ha, rasanya masih belum terlambat kot untuk tas ucapkan selamat tahun baru 2013 kat korang semua yang rajin usha2 blog tas ni. luv u lah! :)
hari ni dan semalam dapat cuti lagi. hehe. sebab public holiday kan semalam. hari ni pulak sebab tak busy kot? budak2 training kat dept. tas sume dapat cuti, ye la tu kot. hehe. baik betul encik amirul kan? :) tu yang kitorang sayang lebih. hehe :D
kalau nak cerita pasal praktikal ni memang 2 muka surat pun tak cukup rasanya. macam2 cerita la.. malam new year baru2 ni tas  keje coz hotel kitorang kan wat makan2 untuk malam new year (baca entri yang lepas). seronok dapat makan daging panggang dengan kak ana :)

kak ana bertukar jd cheetah. jangan main2.
dapat makan lasagna dengan ain.
makan ais krim lagi dengan kak ana.
eh, pendek kata memang banyak la makanan malam tu! buffet kan.





yea, memang banyak. sebenarnya banyak lagi, tapi mana la sempat nak amik kan masa kerja. kang tak pasal2 kena marah dengan bos.
more 4 months to go. wish me luck. hope i'm doing fine and keep work smart ;)
really sure gonna miss them :')

samsia dan fanisa


kecik

again, for sure ana.

abg hans dan kak kittiya

abg kama